Selamat Datang

logo

Harga Tiket MAS


mas

Buletin Tunas 2007Baru!


tunas07

Radio MSAJ-Kansai



Suara Anda



free web counter
free web counter

Berita Terkini


7-Nov-2008:Kenaikan harga tiket MASTerkini

Sila ke ruangan Harga Tiket MAS untuk melihat harga baru bagi tiket MAS yang telah mengalami kenaikan.

2-Nov-2008:Kemaskini Galeri!

Setelah sekian lamanya menanti,akhirnya,galeri sudah dikemaskini!

Sila ke ruangan Galeri untuk melihat gambar-gambar yang diambil ketika aktiviti-aktiviti sebelum ini juga!

Di samping itu,pihak MSAJ Kansai ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah berusaha gigih menjayakan aktiviti ini serta mereka yang telah menghadirkan diri pada majlis tersebut.

Bagi mereka yang mempunyai akaun Facebook,sukacita ingin dimaklumkan juga bahawa MSAJ turut mempunyai "Group" di dalam Facebook! Sila ke link ini untuk menyertainya!

13-Okt-2008:Jamuan Hari Raya

Dengan sukacitanya pihak MSAJ Kansai ingin menjemput saudara dan saudari sekalian ke "Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 2008" yang dinantikan ramai. Berikut adalah butiran majlis:

Tarikh : 25 Oktober 2008 (SABTU)
Masa : 2 petang - 5 petang
Tempat : Hyogo International House(Kobe Kaikan)
Pakaian : Baju Melayu/baju kurung(Pakaian yang menggambarkan suasana Hari Raya)
Bagi mereka yang tidak memilikinya,sila berpakaian kemas

Sumbangan kuih raya ataupun juadah adalah amat dialu-alukan.

Marilah datang beramai-ramai untuk memeriahkan majlis ini!!JANGAN KETINGGALAN!!

17-Jul-2008:Merdeka Day Essay Writing Competition 2008

MSAJ Pusat will be organizing an essay writing competition in conjunction with our country's 51st Merdeka Celebration.Here are the details:

27-Jun-2008:Kem Motivasi dan Kerohanian serta Jamuan Hi-Tea Bersama Menteri

Dengan sukacitanya pihak laman web MSAJ Kansai ingin memaklumkan kepada ahli-ahli mengenai dua program yang akan dijalankan pada hujung minggu hadapan. Berikut adalah butiran ringkas mengenainya:

1.Kem Motivasi dan Kerohanian

Tarikh : 5hb Julai 2008 (SABTU)TARIKH BARU
Masa : 10 pagi - 3.30 petang ( Motivasi )
4.15 petang - 6.15 petang ( Kerohanian)
Tempat : Hyogo International House(Kobe Kaikan)

Kem Motivasi dan Kerohanian ini diadakan adalah untuk membantu pelajar-pelajar bagaimana untuk menyesuaikan diri dan cara pembelajaran di Jepun (bagi Kohai-kohai) yang akan disampaikan sendiri oleh senior-senior yang telah melalui pelbagai pahit maung kehidupan di Jepun ini.

Disamping itu juga dapat merapatkan lagi Silaturrahim sesama ahli-ahli MSAJ Kansai (sesi Kerohanian). Kami, pihak pengelola amat berharap agar semua ahli dapat hadir pada Kem Movitasi ini terutamanya kepada pelajar-pelajar tahun akhir yang ingin mendapatkan tip-tip untuk menyediakan RONBUN yang terbaik dan juga tip-tip untuk menghadapi temuduga dengan jayanya.

2.Hi-Tea Bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Tarikh : 6hb Julai 2008(AHAD)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Royal Righa Hotel, Osaka

Marilah kita mengambil peluang keemasan ini untuk bertemu dengan pemimpin negara. Di samping dapat beramah-mesra bersama beliau, kita juga berpeluang untuk mengetahui sedikit sebanyak pendapat beliau mengenai isu-isu negara pada ketika ini.

11-Jun-2008:Tempahan Alternatif Tiket Pergi-Balik ke Malaysia

Sukacita dimaklumkan selain daripada tempahan tiket melalui agen MAS kansai, pihak MSAJ KANSAI cuba berurusan secara terus dengan agensi tiket dari MALAYSIA untuk mendapatkan harga tiket yang berpatutan sebagai pilihan kepada pelajar dalam merancang urusan pulang ke Malaysia. Tempahan tiket alternatif ini terbuka kepada seluruh pelajar Malaysia yang berada di negara Jepun.

W3Counter Web Stats